AGP Picks
View all

Space42 Memulakan Pengeluaran Telefon Pintar Satelit ThurayaTwo dengan Asia Pacific Satellite Inc. dari Korea Selatan

News originally published by

GlobeNewswire

  • Disokong oleh rangkaian Thuraya-4, ThurayaTwo direka untuk menawarkan perkhidmatan data dan panggilan VoIP melalui aplikasi telefon pintar 
  • Ia menyasarkan untuk memberikan kadar pemindahan data terpantas dalam kalangan telefon satelit GEO, dengan kelajuan data sehingga 120 kbps
  • Versi komersial dan kerajaan dijadualkan memasuki pasaran UAE pada suku keempat 2027

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Nov. 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Space42 (ADX: SPACE42), syarikat SpaceTech dipacu AI yang berpangkalan di UAE, hari ini mengumumkan permulaan pengeluaran ThurayaTwo, telefon pintar data satelit generasi baharunya, bersama Asia Pacific Satellite Inc. (APSI) dari Korea Selatan. ThurayaTwo akan menggabungkan sambungan melalui rangkaian satelit geopegun (GEO) milik Space42 yang menawarkan kelajuan data satelit sehingga 120 kbps dengan akses kepada perkhidmatan 4G dan 5G terestrial. Dijadualkan memasuki pasaran UAE pada suku keempat 2027, peranti ini direka untuk menyokong individu dan organisasi di kawasan yang mempunyai liputan infrastruktur mudah alih terestrial yang tidak boleh dipercayai, menerusi perkhidmatan data dan panggilan suara yang didayakan melalui aplikasi telefon pintar.

Ali Al Hashmi, Ketua Pegawai Eksekutif Space Services di Space42, berkata: “ThurayaTwo memperkukuh usaha kami untuk mengintegrasikan ketersambungan satelit secara lancar ke dalam komunikasi harian. Dengan menggabungkan data satelit bersama perkhidmatan 4G dan 5G dalam satu peranti, di samping menawarkan kelajuan data terpantas dalam kategorinya, kami berhasrat membantu individu dan organisasi kekal berhubung. Produk ini menterjemahkan strategi Rangkaian Bukan Terestrial (Non-Terrestrial Network, NTN) kami kepada penyelesaian yang mudah diakses oleh individu serta perusahaan, sambil merealisasikan aspirasi kami untuk menjadikan ketersambungan sebagai hak asasi setiap insan.”

Dr. Sunghee Lee, Ketua Pegawai Eksekutif APSI, berkata, “Kontrak ini penting kerana ia memanfaatkan pengalaman luas kami dalam terminal komunikasi satelit serta kepakaran membangunkan dan mengeluarkan Thuraya One secara besar-besaran bagi memacu pembangunan produk generasi seterusnya. Berdasarkan model komersial dan model bertaraf kerajaan, kami akan terus memperluas kehadiran APSI dalam pasaran komunikasi kritikal misi global yang memerlukan ketersambungan yang andal serta ciri keselamatan yang kukuh.”

Satu telefon, dua versi

ThurayaTwo akan tersedia dalam dua varian. Versi komersial disasarkan untuk membolehkan perniagaan, pasukan lapangan dan pengguna individu mengakses saluran komunikasi multimedia melalui data satelit di kawasan terpencil. Konfigurasi dwi-SIMnya direka untuk membolehkan pengguna bertukar antara perkhidmatan satelit dan selular menggunakan satu peranti yang sama.

Versi kerajaan pula ditujukan kepada pasukan yang mengendalikan maklumat sensitif atau beroperasi dalam persekitaran berisiko tinggi. Spesifikasinya merangkumi ciri keselamatan untuk mengesan cubaan pengubahsuaian fizikal, mengesahkan integriti peranti semasa permulaan sistem, di samping melindungi aplikasi dan data daripada akses tanpa kebenaran.

Kedua-dua versi dijangka dilengkapi dengan:

  • Paparan AMOLED 6.67 inci
  • Kamera belakang 50MP dengan lensa ultra lebar 13MP serta kamera hadapan 32MP
  • Sensor pergerakan, navigasi, kehampiran dan biometrik
  • Bateri boleh tanggal dengan kapasiti sekurang-kurangnya 4,500 mAh
  • Penarafan IP67 untuk rintangan terhadap habuk dan air

Berasaskan kerjasama dan teknologi yang mantap

ThurayaTwo meneruskan legasi Thuraya One yang menggabungkan telefon pintar Android dengan fungsi panggilan dan pemesejan satelit. Model baharu ini akan menawarkan kadar pemindahan data terpantas dalam kalangan telefon satelit GEO, sekali gus memperluaskan perkhidmatan ketersambungan yang tersedia melalui telefon pintar Thuraya.

Hubungan APSI dengan Thuraya bermula pada tahun 2003 menerusi perjanjian untuk membangunkan dan mengeluarkan peranti mudah alih satelit. Sejak itu, syarikat tersebut telah menyokong beberapa generasi terminal Thuraya, termasuk Thuraya One.

ThurayaTwo akan memperluaskan portfolio perkhidmatan yang dipacu oleh Thuraya-4, salah satu satelit komunikasi mudah alih yang terbesar dan paling maju di orbit. Thuraya-4 menyediakan ketersambungan yang selamat merentasi lebih 160 negara di Eropah, Afrika, Asia Tengah dan Timur Tengah.

Perihal Space42

Space42 (ADX: SPACE42) ialah syarikat SpaceTech dikuasakan AI yang berpangkalan di UAE dan mempunyai jangkauan global, yang mengintegrasikan komunikasi satelit dan risikan geospatial untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang Bumi dari angkasa lepas. Syarikat ini beroperasi melalui dua unit perniagaan. Space Services mengendalikan armada satelit geopegun, termasuk rangkaian mudah alih Thuraya, yang menyediakan ketersambungan selamat merentasi daratan, lautan dan ruang udara di lebih 120 negara. Smart Solutions pula mengendalikan konstelasi satelit radar apertur sintetik (SAR) di orbit Bumi rendah yang meliputi 90% daripada populasi dunia, serta memanfaatkan AI untuk menukarkan imejan tersebut kepada cerapan yang boleh digunakan untuk tindakan lanjut. Space42 menyediakan perkhidmatan kepada kerajaan dan perusahaan dalam sektor pertahanan dan keselamatan, tenaga, pemuliharaan alam sekitar serta mobiliti autonomi. Antara pemegang saham utamanya ialah G42, Mubadala dan International Holding Company (IHC).

Untuk maklumat lanjut, layari: www.space42.ai; ikuti kami di LinkedIn: Space42

Perihal APSI

APSI (KOSDAQ: 211270) ialah syarikat teknologi angkasa dan satelit yang berpangkalan di Korea Selatan, ditubuhkan pada tahun 2000 dan meraikan ulang tahunnya yang ke-26 pada tahun ini. Syarikat ini pakar dalam pembangunan dan pembuatan terminal komunikasi satelit serta sistem satelit. Berbekalkan teknologi terbukti dan pengalaman perniagaan global dalam bidang komunikasi satelit, AP Satellite telah memperluaskan keupayaannya kepada platform satelit, muatan satelit (payload) dan elektronik angkasa kritikal misi.

APSI beroperasi menerusi dua bidang perniagaan utama, iaitu Komunikasi Satelit dan Sistem Satelit. Perniagaan Komunikasi Satelit membangunkan serta membekalkan terminal komunikasi satelit mudah alih dan teknologi komunikasi terestrial-satelit bersepadu generasi baharu. Perniagaan Sistem Satelit pula menawarkan keupayaan menyeluruh yang merangkumi reka bentuk, pembuatan, pemasangan, integrasi dan ujian platform satelit, muatan satelit serta peralatan elektronik teras.

APSI menyertai CONTEC Space Group pada tahun 2024. Dengan menggabungkan operasi satelit, infrastruktur stesen bumi serta keupayaan pemprosesan data imejan satelit milik kumpulan tersebut dengan kepakaran APSI dalam pembangunan dan pembuatan satelit serta terminal komunikasi, Kumpulan itu telah mewujudkan rantaian nilai industri angkasa bersepadu yang merangkumi pembuatan satelit, operasi dan penggunaan data. Melalui Assembly, Integration and Test (AIT) Center yang khusus, APSI terus memperkukuhkan keupayaan pemasangan, integrasi, pengujian dan penentusahan satelit sambil memperluaskan kerjasama serta peluang perniagaan dengan organisasi kerajaan dan syarikat global.

Notis Undang‑Undang dan Kenyataan Berhati‑hati Mengenai Maklumat Berpandangan Ke Hadapan
Pengumuman ini mungkin mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan yang berasaskan jangkaan semasa dan andaian mengenai peristiwa masa hadapan. Kenyataan sedemikian—yang dikenal pasti melalui istilah seperti “menjangka”, “akan” atau istilah seumpamanya—adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian serta mungkin terbukti tidak tepat. Ia mencerminkan maklumat yang tersedia setakat tarikh ini dan syarikat-syarikat berkenaan menafikan sebarang kewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Tiada jaminan diberikan bahawa sebarang kenyataan berpandangan ke hadapan akan berlaku, dan kebergantungan yang berlebihan tidak seharusnya diletakkan ke atasnya. Pengumuman ini tidak merupakan promosi kewangan atau tawaran untuk membeli atau menjual sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e6c381f6-6761-42bd-89f8-c4a4a2ed5d67


Untuk pertanyaan pelabur, sila hubungi: ir@space42.ai

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Sao Tome and Principe Industries

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.